ARTIKEL

MERIAH... (enam dari kiri) Julaihi merakam gambar bersama poster Pameran dan Persidangan Air dan Air Buangan Borneo Antarabangsa (BIWWEC) 2024.

Pameran dan Persidangan Air dan Air Buangan Borneo Antarabangsa (BIWWEC), 23-25 Okt di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pameran dan Persidangan Air dan Air Buangan Borneo Antarabangsa (BIWWEC) 2024 berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada 23-25 Oktober.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, dijangka 1,000 delegasi dan 55 pempamer hadir sepanjang tiga hari persidangan berlangsung.

“Akan ada forum menampilkan kira-kira 30 speaker dan panel khas turut serta pada 80 sesi dalam empat aliran sepanjang tiga hari program.

“Antara topik utama yang difokuskan ialah kelestarian air, air dan tenaga, galakan kemampanan dalam industri air dan inovasi air secara digital,” katanya pada sidang media program yang diadakan di Bilik Jawatankuasa 1, Aras 3, DUN Sarawak, hari ini.

Julaihi turut menegaskan beberapa institusi universiti juga turut serta dan dijemput membentangkan BIWWEC pada persidangan itu kelak.

Berkaitan BIWWEC 2024, Julaihi menegaskan ia juga sebagai landasan hala tuju Sarawak melancarkan Kongres Antarabangsa Persatuan Air Dunia 2028.

Katanya, hal ini kerana bandar raya Kuching dipilih sebagai lokasi penganjuran program terbabit.

“Ini sebagai landasan kita bersedia mengadakan program yang lebih besar pada 2028 yang kita sudah umumkan awal semasa Hari Malaysia tahun lalu oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kuching dipilih menganjurkan kongres antarabangsa itu pada 2028 jadi ini penting untuk kita.

“Ini merupakan kali pertama ia dijangka diadakan di Malaysia dan juga rantau Asia,” dedahnya.

Jelasnya, perancangan Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 Sarawak (PCDS) 2030 memberi kesan kepada pemilihan lokasi penganjuran kongres.

Dalam pada itu, Julaihi turut mengumumkan Persidangan Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (SUTC 2024) juga bakal dilaksanakan semasa BIWWEC 2024.

Turut hadir, Timbalan Menteri Telekomunikasi dan Utiliti Sarawak (Telekomunikasi) Datuk Liwan Lagang dan Timbalan Menteri Telekomunikasi dan Utiliti Sarawak (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU