ARTIKEL

Pameran digital dapat sambutan di Pusat Beli-belah Summer

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee semalam menyempurnakan pameran digital sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka peringkat Bahagian Samarahan 2023 di Pusat Beli-belah Summer.

Rodiyah turut meluangkan melawat 15 reruai kementerian dan agensi yang mengambil bahagian.

Selain itu, beliau turut mengunjungi 60 gerai jualan Dapur Samarahan dan pusat penjaja usahawan.

Menurutnya, beliau teruja dengan persiapan yang dilakukan dan berharap pameran itu berjalan lancar.

“Secara keseluruhan saya melihat pameran ini memberi manfaat kepada pengunjung kerana ia menyediakan informasi terutama berkenaan pembangunan di Sarawak termasuk di Samarahan.

“Selain itu pelbagai inisiatif disediakan Kerajaan Sarawak dipamerkan semua agensi kerajaan di tapak pameran ini,” katanya kepada pemberita semalam.

Rodiyah berkata, pameran tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

“Saya amat bangga dengan sambutan diberikan walaupun baru hari pertama pameran berlangsung,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau menyeru orang ramai supaya tidak melepaskan peluang mengunjungi pameran tersebut.

Acara sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka Peringkat Bahagian Samarahan berlangsung sehingga Ahad ini.

Majlis dijangka meriah hari ini dengan kehadiran Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan mengetuai Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dari Bahagian Serian ke Samarahan.

Rombongan konvoi dijangka tiba di Pusat Beli-belah Summer sekali gus menyaksikan Abang Johari merasmikan pameran terbabit.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU