ARTIKEL

Pameran kereta sebagai produk pelancongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBANYAK 157 kereta Perodua dan Proton pelbagai model berkumpul di pekarangan parkir Aiman Mall, Kota Samarahan menyertai program Autoshow Perodua FT Proton anjuran Street Dreams Entertainment pada Isnin.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata, program tersebut boleh dijadikan produk pelancongan seperti dilaksanakan di Kanada, Amerika Syarikat dan negara Eropah lain.

Justeru, beliau memberi galakan penuh terhadap belia yang minat dan kreatif dalam program pameran kereta. 

“Kita di Sarawak juga boleh memperkenalkan kegiatan modifikasi kereta dan menjadi satu permulaan yang baik bagi mengasah bakat golongan belia dan penggemar hobi kereta. 

“Saya juga memberi cabaran kepada anak Sarawak agar mampu mencipta dan membuat modifikasi kereta elektrik.

Saya tahu ramai yang kreatif dan kita tidak perlu menghalang minat mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Autoshow Perodua FT Proton 2023. 

HOBI SEBAGAI PENDAPATAN

Tambah Willie, program ini perlu dilaksanakan dengan lebih kerap agar ia boleh menjadi platform kepada peniaga aksesori kereta dalam menjana pendapatan kepada penggemar.

“Terjemahkan kreativiti ke arah pendapatan diri, negeri dan negara.

Adakan program pameran ini dalam skala lebih besar melibatkan pihak dari Semenanjung Malaysia dan dilaksanakan ke peringkat seterusnya iaitu peringkat antarabangsa,” ujarnya. 

Beliau juga akui inisiatif ini mempunyai potensi sebagai impian peminat ubah suai kereta dan mampu bertukar menjadi pendapatan mereka.

Pada masa yang sama, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua pihak agensi yang terlibat menyempurnakan program tersebut. 

Sementara itu, Pengarah Street Dreams Entertainment Daniel Nicademus berkata, tarikan utama acara bermula seawal 8 pagi tertumpu kepada barisan kereta modifikasi daripada pelbagai kategori.

Katanya, pameran kereta ini menjadi platform untuk penggemar hobi berkumpul dan berkongsi minat yang sama. 

“Sebanyak 11 kelab kereta tempatan yang terlibat iaitu Alza Stance Borneo, Family Alza Borneo, Bezza Brotherhood, KBOC, Saga Borneo Community, Axia Petra Jaya, VSCC, Low Key District, Stance Culture, Havoc Street Culture, Havoc Street Culture Apocalypse dan lebih 40 peserta persendirian. 

“Gerai jualan makanan, minum dan pelbagai barangan aksesori seperti alat ganti kereta lama, baju dan cenderamata turut disediakan bagi memudahkan urusan pengunjung yang datang bersama-sama keluarga,” ujarnya. 

Kemuncak acara menyaksikan Axia Petra Jaya Club sebagai juara kategori Gathering diikuti naib juara Alza Stance Borneo dan tempat ketiga ialah Kenyalang Bezza Owner. 

Manakala, tempat keempat hingga ke-10 dimenangi oleh Havoc Street Culture, Apocalypse, Family Alza Borneo, Bezza Brotherhood, VSCC, Saga Borneo Community dan Stance Culture. 

Para pemenang masingmasing menerima trofi dan sijil penghargaan.

BERITA LAIN

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik

Mandulkan Kucing

KEMPEN Pemandulan Kucing Kos Rendah merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Primavet Animal Clinic untuk mengawal populasi kucing terbiar dan gelandangan. Kemungkinan besar kucing

BERITA TERBARU

Rose Blackpink sertai The Black Label

PENYANYI KOREA, Rose Blackpink menandatangani kontrak pengurusan dengan The Black Label, diketuai oleh penerbit Teddy. “Kami menandatangani kontrak pengurusan dengan artis Rose. “Penerbit Teddy dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik