ARTIKEL

Pameran MATTA Sarawak tampil 71 reruai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sarawak bakal mengadakan Pameran Kembara Matta Sarawak Ke-19, di The Hills Kuching pada 8 hingga 10 Mac depan.

Pameran pada kali ini menampilkan sebanyak 71 reruai berbanding 46 reruai pada tahun lepas dan aktiviti ini disokong sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia dan Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG).

Pengerusi MATTA, Oscar Choo berkata, pameran itu bertujuan untuk menjadikan pengalaman perjalanan yang dapat diakses serta diingati semua pengembara dengan menawarkan pameran destinasi komprehensif serta pakej pelancongan berpatutan.

“Selain itu, Pameran MATTA juga adalah untuk memberi kembali kepada komuniti serta menyokong inisiatif pelancongan yang mampan.

“Pada masa sama, persatuan ini juga bertanggungjawab memastikan perjalanan pameran ini berjalan dengan lancar supaya generasi akan datang dapat menikmatinya,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau turut menekankan semua pempamer, termasuk syarikat pelancongan dan organisasi pelancongan nasional supaya mempunyai pakej terpilih yang mengutamakan nilai dan keselamatan.

“Ia adalah untuk memenuhi keperluan pengembara solo dan keluarga yang mencari percutian serta pengembara perniagaan,” katanya.

Pameran selama tiga hari itu berlangsung bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat MATTA, Azlina di talian 082-555853.

BERITA LAIN

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

Langkah lebih adil, tepati keperluan

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel disifatkan menepati keperluan rakyat dan ia langkah lebih adil dalam mengagihkan bantuan kepada golongan

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

BERITA TERBARU

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

JINYOUNG tandatangan kontrak eksklusif

BEKAS AHLI B1A4, Jinyoung secara rasmi menandatangani kontrak ekslusif dengan Management Run. Management Run meluahkan perasaan gembira dan terujanya untuk bekerjasama dengan Jinyoung. Mereka terus

Topi ANTI MENIRU

BARU-BARU ini, tular di aplikasi TikTok apabila pengguna @angeloebora1 berkongsi situasi peperiksaan di sebuah sekolah dipercayai di Filipina. Video tersebut melihatkan pelajar memakai topi buatan

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan