Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Pameran Pendidikan DTTAS 2023 di Betong 18 Mac depan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Timbalan Presiden DTTAS Ricky Sani.

KUCHING: Belia di luar bandar perlu mendapatkan akses pendidikan yang baik supaya mereka boleh bersaing dalam mendapatkan tenaga kerja di pasaran buruh.

Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) dalam kenyataan dikeluarkan bersama Timbalan Presiden DTTAS Ricky Sani dan Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Layar Paul Langgang berkata, akses pendidikan yang dimaksudkan merangkumi maklumat-maklumat pendidikan semasa.

Katanya ia turut meliputi penawaran latihan kemahiran insaniah atau kemahiran teknikal yang bersesuaian dengan kelulusan dan minat serta khidmat bantuan sepanjang pengajian mereka peringkat diploma atau ijazah.

Timbalan Presiden DTTAS Ricky Sani.

“Oleh itu, Pameran Pendidikan DTTAS 2023 pada 18 Mac nanti adalah inisiatif DTTAS untuk mempersiapkan kumpulan sasaran iaitu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Ia akan berlangsung bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang bertempat di di Dewan Panglima Rentap, Betong,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, antara fokus pengisian pameran pendidikan tersebut juga adalah pendedahan kepada keperluan perancangan karier.

Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Layar Paul Langgang.

“Ia akan memfokuskan dalam pemilihan-pemilihan kursus atau kerjaya yang tepat oleh para pelajar atau belia untuk mendepani pasaran kerja yang semakin kompetitif.

Baca lain  Tindakan penguatkuasaan oleh polis jika Ingkar kuarantin wajib

“Pasaran kerja sekarang memerlukan setiap tenaga buruh yang mampan dalam aspek ASK iaitu sikap , kemahiran dan pengetahuan,” jelasnya lagi.

Justeru katanya, graduan harus mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran tambahan agar mereka boleh bersaing di pasaran pekerjaan yang sangat kompetitif.

Ujarnya, graduan harus sedar bahawa pencapaian akademik semata-mata tidak lagi menjamin mereka untuk mendapat jawatan yang setaraf dengan kelulusan yang mereka perolehi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

4 JUN 2023

Berita Terbaru