ARTIKEL

Pameran Pendidikan DTTAS bantu tentukan hala tuju masa depan pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pameran Pendidikan 2023 anjuran Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) telah memberi peluang kepada pelajar di negeri ini menentukan hala tuju kerjaya mereka pada masa depan.

DTTAS dalam kenyataan dikeluarkan bersama Setiausaha Publisiti DTTAS Robbia Jarup dan Pegawai Komunikasi Media DTTAS Berengang Undau berkata, program sedemikian yang menyasarkan lepasan SPM dan STPM bertujuan memberi ruang dan peluang kepada pelajar di kawasan luar bandar mendapatkan maklumat terkini mengenainya.

“DTTAS Education Fair memulakan siri pertama 2023 di Betong dengan kerjasama Layar Education Development Committee (LEDC), siri pertama ini bakal menempa sejarah tersendiri apabila mempersembahkan “kemunculan istimewa” kumpulan rock Iban popular Masterpiece.

Setiausaha Publisiti DTTAS Robbia Jarup.

“Pameran itu kelak akan menumpukan kepada bimbingan dan panduan amat penting bagi golongan ini pada masa kini kerana tersalah pilih laluan akan membawa masalah pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, DTTAS juga akan menganjurkan program pendidikan itu dengan menjelajah di seluruh Sarawak yang mana ia dijalankan secara berterusan dari satu daerah ke satu daerah, dengan menumpukan kawasan luar bandar.

Katanya, strategi ini amat penting berikutan perubahan pendidikan dan tuntutan kerjaya yang sering mengutamakan keseimbangan dalam kedua dua perkara tersebut.

Pegawai Komunikasi Media DTTAS Berengang Undau.

“Oleh itu, melalui pendedahan pada program ini para lepasan SPM dan STPM amnya, yang kurang berjaya dalam akademik akan berpeluang memilih kursus atau bidang pendidikan yang sesuai dengan kelulusan dan minat mereka.

“Kita pasti ramai para belia yang memperolehi keputusan kurang memuaskan masih ragu-ragu dan dibelenggu pelbagai keputusan sama ada ingin menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi atau terus memasuki alam kerjaya,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, DTTAS mahu memastikan penganjuran program seumpama ini kelak, akan menjadi bimbingan dan panduan kepada pelajar dan lepasan sekolah, agar mereka membuat keputusan bijak dan tidak membazir masa serta wang ringgit.

“Kita percaya perancangan kerjaya dapat dilakukan dengan mudah seandainya graduan mendapat panduan yang betul mengenai perancangan kerjaya mereka pada masa depan.

“Semakin banyak maklumat yang diperolehi oleh seseorang berkaitan kerjaya yang dipilih maka akan menjadikan perancangan kerjaya mereka lebih baik,” ujarnya.

Program anjuran DTTAS itu turut mendapat kerjasama Yahos School of Skills dan disertai 17 institusi dan agensi pendidikan, kemahiran serta kerjaya.

BERITA LAIN

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon. Timbalan Menteri

Rakyat Sarawak ada bakat dalam bidang klinikal

KUCHING: Kerjasama antara syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional AstraZeneca dengan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Umum Sarawak (HUS) menunjukkan bahawa rakyat tempatan juga memiliki bakat

BERITA TERBARU