ARTIKEL

Pameran Pendidikan DTTAS diadakan pada 18 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sekretariat pameran pendidikan DTTAS 2023 Robbia Jarup

KUCHING: Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) bakal menganjurkan pameran pendidikan pada 18 Mac ini di Dewan Panglima Rentap, Betong bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Program ini menjadi siri pertama diadakan bagi tahun 2023 dengan kerjasama Layar Education Development Committee (LEDC), Yahos School of Skills, turut disertai 17 institusi serta agensi pendidikan, kemahiran dan kerjaya.

Sekretariat pameran pendidikan DTTAS 2023 Robbia Jarup berkata, pameran ini dapat menjadi landasan kepada pelajar lepasan sekolah tinggi yang tidak begitu cemerlang agar berpeluang memilih kursus terutama dalam bidang kemahiran sesuai dengan kelulusan dan minat mereka.

“Melalui program ini, kita dapat memberi ruang dan peluang kepada lepasan sekolah di luar bandar untuk mendapatkan maklumat pendidikan, latihan dan bantuan pendidikan.

“Selain, ia dapat melengkapkan anak-anak dengan maklumat tepat supaya mereka membuat pilihan tepat demi masa depan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Oleh itu, beliau meluahkan harapan agar program pendidikan itu diketahui kumpulan sasaran supaya mereka dapat hadir dan diberi bimbingan untuk membuat keputusan yang betul.

Sekali gus, mengelakkan golongan sasaran membazir masa dan wang ringgit serta terlepas peluang mendapatkan pekerjaan lebih baik setelah tamat pengajian.

“Melalui program ini, kita mahu belia bergerak aktif menggunakan platform disediakan kerajaan agar misi dan matlamat DTTAS melahirkan belia berketerampilan dapat direalisasikan pada tahap paling maksimum,” katanya ringkas.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU