ARTIKEL

David bercakap kepada pemberita pada pratonton eksklusif pameran seni solo David Chew 'Come Into Your Own' di Galeri Hoan, La Promenade Mall, Kota Samarahan, hari ini. - Foto:Mohd Alif Noni

Pameran seni solo David Chew ‘Come Into Your Own’ pada 20 Sept-13 Okt di La Promenade Mall

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Karya seni sepanjang 16 kaki yang diberi nama ‘Past, Today, Future’ akan menjadi salah satu tarikan dalam pameran di Galeri Hoan bermula pada 20 September hingga 13 Oktober kelak.

Ia juga menjadi antara karya penting melibatkan lebih 40 hasil seni artis abstrak, David Chew, yang menanti pengunjung di La Promenade Mall, di sini.

David bangga merakam gambar kenangan bersama lukisannya yang diberi nama ‘Past, Today, Future’ sepanjang 16 kaki. – Foto: Mohd Alif Noni

David, 50, berkata lukisan itu juga merupakan antara karya terbesar yang beliau pernah hasilkan sempena pameran kali ini.

Ia mengambil masa selama satu bulan setengah untuk disiapkan.

“Karya seni sepanjang 16 kaki itu juga mempunyai tiga bahagian yang sesuai dengan namanya, iaitu ‘Past, Today, Future’, dan dihasilkan dengan cat akrilik dan kanvas.

“Justeru, bahagian atas lukisan ini mewakili masa lalu (past), tengah adalah masa kini (today) dan bahagian bawah adalah masa hadapan (future),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada pratonton eksklusif pameran seni solo David Chew ‘Come Into Your Own’ di Galeri Hoan, La Promenade Mall di sini, hari ini.

Tambahnya, karya yang beliau hasilkan adalah lebih kepada ekspresionisme abstrak, tiada subjek fizikal atau boleh digelar sebagai lukisan bukan objektif.

“Justeru, ia tidak sama seperti lukisan realisme atau lukisan biasa seperti anda melihat bunga, rumah, pemandangan atau subjek.

“Saya percaya sebenarnya abstrak mempunyai tenaga yang lebih tinggi kerana banyak falsafah.

“Semua perkara ini adalah apa yang kita tidak dapat lihat dan bagaimana ia dipamerkan kepada orang ramai,” ujarnya.

Sementara itu, Kurator Pameran, Dr Nana Zheng, dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), yang juga kolaborator penting untuk pameran itu, memaklumkan sebanyak tujuh lukisan interaktif turut dipamerkan kepada pengunjung.

“Elemen interaktif itu juga termasuk ‘Siri Tersembunyi’ yang menjanjikan pengalaman audio-visual di mana pelawat boleh mengimbas Kod QR untuk menikmati muzik yang digandingkan dengan karya seni David.

“Bahagian lain menawarkan pengunjung untuk menamakan karya seni, manakala sudut kontemplatif menggalakkan mereka menulis surat untuk dibaca dan dibawa oleh orang lain.

“Ia juga menjanjikan pengalaman luar biasa,” jelasnya.

Pada pameran kali ini, galeri itu juga telah bekerjasama dengan ahli akademik dari UNIMAS, dan menawarkan kemasukan percuma kepada pengunjung setiap hari.

Kesemua karya seni yang dipamerkan itu juga boleh dibeli.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melawat hoangallery.com atau ikuti @HoanArtGallery.

Kemas kini boleh didapati di lapromenademall.com.my dan di media sosial @LaPromenadeMall.

BERITA LAIN

Kompleks UNIFOR lambang keharmonian Sarawak

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi

BERITA TERBARU

Kompleks UNIFOR lambang keharmonian Sarawak

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi