ARTIKEL

Pan Borneo siap 86.54 peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo  mencapai tahap 86.54 peratus siap setakat 24 Ogos lalu.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, selain itu terdapat beberapa seksyen projek dibuka tahun ini serta beberapa seksyen dijangka disiap tahun hadapan.

Katanya, ia meliputi Seksyen Sarikei, Bukit Begunan termasuk dua seksyen di Miri iaitu Sibuti dan Lambir.

“Itu jangkaan kita, ada beberapa seksyen yang hanya akan siap pada tahun hadapan sebab mengalami cabaran dan permasalahan di tapak yang memerlukan penelitian termasuk ada yang terpaksa direka semula disebabkan muka bumi dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas Libat Urus Menteri Kanan Kerja Raya Bersama Media Sarawak, di sini semalam. 

Setakat ini, enam seksyen Lebuh Raya Pan Borneo yang telah siap sepenuhnya iaitu Pakej Kerja 1 Telok Melano ke Sematan yang siap pada 6 Januari 2019, Pakej Kerja 3 Seksyen Serian siap pada 4 Disember 2021 dan Pakej Kerja 7 Seksyen Jambatan Batang Rajang yang siap 28 Oktober 2021

Ia termasuk Pakej Kerja 10 Seksyen Jejambat Nyabau yang siap pada 26 Januari 2022, Pakej Kerja 11 Seksyen Pujut yang dibuka untuk pengguna jalan raya pada 2 Julai 22 dan Pakej Kerja 4 Seksyen Sri Aman yang dilancarkan pada hari ini.

Dalam pada itu, Fadillah berkata, Kementerian Kerja Raya telah mengemukakan projek Red Line dalam Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Bagaimanapun, katanya, pihaknya menunggu keputusan peringkat pusat berhubung projek tersebut. 

Projek Red Line merujuk kepada menyelenggara semula jalan raya sepanjang 200 kilometer sebagai sebahagian daripada projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Ia meliputi Bahagian Kuching-Serian, Sibu, Bintulu dan Miri.

Fadillah bercakap pada sidang media selepas Libat Urus Kementerian Kerja Raya Bersama Media Sarawak, di sini semalam.

BERITA LAIN

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon. Timbalan Menteri

BERITA TERBARU

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup