ARTIKEL

Pan Gon kecewa Arab Saudi batal aksi persahabatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya Kim Pan Gon kecewa perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Arab Saudi yang dijadual berlangsung pada 4 Jan depan dibatalkan.

Ini kerana pembatalan itu menyebabkan pasukan kendaliannya berdepan kemungkinan hanya bermain satu aksi pemanas badan sebelum memulakan kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bermula 12 Jan sehingga 10 Feb.

Pan Gon berkata bermain satu perlawanan persahabatan menentang Syria pada 8 Jan sebelum memulakan kempen Piala Asia tidak mencukupi dalam persediaan anak buahnya menghadapi cabaran hebat di Doha.

“Sudah tentu tidak cukup (satu perlawanan persahabatan), saya sangat kecewa.. namun kita akan berusaha mengatasinya.

Kita sedang cari ‘pasukan lawan’ yang ada,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan negara di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, kelmarin, sambil mengakui pilihan pasukan lawan sangat terhad.

FAM sebelum ini mengesahkan aksi persahabatan bertemu Arab Saudi terpaksa dibatalkan atas permintaan ketua jurulatih baharunya Roberto Mancini disebabkan pengendali dari Itali itu mencongak pasukannya berkemungkinan bertemu Malaysia di pusingan 16 terbaik Piala Asia.

Sementara itu, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin memberi jaminan pihaknya akan membantu mendapatkan satu lagi perlawanan persahabatan buat pasukan negara dengan sekurang-kurangnya menentang kelab tempatan di Doha.

“Pasukan akan berlepas 1 Jan dan kalau dapat pada 4 Jan pasukan negara (akan) bertarung dengan satu kelab bola sepak,” katanya yang ditemui pada Majlis Sambutan Hari Lahir Presiden FAM & Majlis Doa Selamat Sempena Piala Asia 2023 dan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Wisma FAM, kelmarin.

Difahamkan dua aksi persahabatan sebelum memulakan kempen Piala Asia merupakan jumlah ideal buat skuad Harimau Malaya yang bakal berdepan cabaran hebat dalam saingan Kumpulan E bersama Jordan, Bahrain dan juara dua kali Korea Selatan.

Pan Gon menyasarkan untuk membawa pasukan mencipta sejarah mara ke pusingan 16 terbaik. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu