ARTIKEL

Panas terik Thailand cecah 42 darjah celcius

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Cuaca panas terik di Thailand dijangka berterusan minggu ini dengan suhu dijangka boleh mencecah sehingga 42 darjah Celsius di wilayah tengah dan utara.

Menurut Jabatan Meteorologi Thailand, bahagian tengah dan utara akan mengalami cuaca panas dan berjerebu pada siang hari dengan beberapa kawasan menjadi sangat panas.

Ribut petir dengan tiupan angin turut dijangka berlaku, menurut jabatan itu. 

“Daerah Bangna di Bangkok akan menjadi tempat paling panas di Thailand pada Rabu dengan indeks habanya dijangka mencecah 53.9 darjah Celsius.

“Ini diikuti Wilayah Chonburi di timur Bangkok dengan indeks haba dijangka melonjak kepada 52.3 darjah Celsius,” menurut jabatan itu.

Tiga lagi kawasan paling panas ialah pulau peranginan Phuket dengan indeks haba 49 darjah Celsius, Phetchabun (46.8 darjah Celsius) dan daerah Kosum Phisai di Maha Sarakham (43.2 darjah Celsius).

Indeks haba yang juga dikenali sebagai suhu ketara ialah suhu yang dirasakan oleh tubuh manusia apabila kelembapan relatif digabungkan dengan suhu udara dan kelajuan angin.

Apabila indeks haba mencecah antara 27 dan 32 darjah Celsius – juga dikenali sebagai tahap berhati-hati – keletihan haba mungkin berlaku jika terdedah secara berpanjangan dan/atau terlibat dalam aktiviti fizikal.

Baca lain  India catat penurunan kes COVID-19

Strok dan kekejangan haba mungkin berlaku apabila suhu mencecah antara 32 dan 41 darjah Celsius (sangat berhati-hati).

Pada suhu antara 41-54 darjah Celsius (bahaya), ia boleh menyebabkan strok dan kekejangan.

Apabila suhu mencecah lebih daripada 54 darjah Celsius (bahaya melampau), strok haba atau strok matahari berkemungkinan besar berlaku.

Jabatan Meteorologi menggesa orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar dan sentiasa berada di kawasan tertutup, minum banyak air dan kekal terhidrasi.

— BERNAMA C

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

Puluhan badak sumbu dilepaskan di Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Berpuluh-puluh ekor badak sumbu dilepaskan ke habitat semula jadi di Afrika Selatan, dalam langkah pertama inisiatifnya untuk membebaskan 2,000 ekor badak sumbu ke dalam

Filipina beli 5 kapal pengawal pantai

MANILA: Filipina bersetuju untuk membeli lima kapal peronda pengawal pantai dari Jepun dalam perjanjian bernilai lebih AS$400 juta, kata Manila pada Jumaat. Pengumuman itu dibuat

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan