ARTIKEL

INSENTIF… Abdul Rahman menyampaikan insentif kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyampaian Insentif Pelajar IPT Kawasan DUN Pantai Damai di Wisma SABATI, di sini, hari ini.

Pandang serius isu keciciran pendidikan pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai memandang serius isu ketidakhadiran dan keciciran dalam kalangan pelajar sekolah, tegas Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

ADUN Pantai Damai itu berkata, pihaknya berusaha untuk melaksanakan pendekatan khusus bagi memastikan pelajar mempunyai minat ke sekolah dan menumpukan perhatian kepada pelajaran.

Katanya, perkara tersebut juga menjadi isu yang sering dibincangkan bersama Badan Muafakat dan Biro Pendidikan Pantai Damai termasuk para guru kerana ia tidak dapat diatasi sepenuhnya sehingga kini.

“Ketidakhadiran ini melibatkan pelajar yang sudah mendaftar tetapi tidak hadir ke sekolah secara konsisten, manakala keciciran pula adalah mereka yang mendaftar selepas itu hilang terus. Ini menjadi masalah di sekolah-sekolah kita di kawasan Pantai Damai.

“Justeru, kita tidak menafikan bahawa perkara ini berlaku dan akhirnya perkara ini menjadi masalah ketika mereka hendak menduduki peperiksaan penting,” katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap sekali gus menyempurnakan Majlis Penyampaian Insentif Pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) Kawasan DUN Pantai Damai  di Wisma Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI), di sini, hari ini.

Abdul Rahman yang Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) menambah, disebabkan itu sekarang fokus beliau bersama dengan Badan Muafakat dan Biro Pendidikan Pantai Damai adalah untuk mengatasi masalah berkenaan.

“Jadi, apa yang penting adalah kita hendak menghidupkan suasana di sekolah dengan tarikan tambah supaya pelajar gembira untuk ke sekolah walau dalam apa keadaan sekalipun,” ujarnya.

Mengenai majlis tersebut, beliau memaklumkan seramai 132 pelajar dari kawasan DUN Pantai Damai menerima insentif untuk melanjutkan pelajaran ke IPT di dalam dan luar negara.

Hadir sama isteri Abdul Rahman Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin; Pengerusi Badan Muafakat Pantai Damai merangkap Pengetua SMK Tun Abang Haji Openg Affida Helmi; Pengerusi Biro Pendidikan Pantai Damai Siti Suhaila Majdi; Ahli Jawatankuasa (AJK) Badan Muafakat merangkap Pengetua SMK Santubong Othman Ibrahim; serta wakil yang lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan

Langkah lebih adil, tepati keperluan

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel disifatkan menepati keperluan rakyat dan ia langkah lebih adil dalam mengagihkan bantuan kepada golongan

Randy Pangalila tetap aktif berlakon

PELAKON Indonesia, Randy Pangalila tetap menjalankan penggambaran seperti biasa walaupun sibuk dengan latihan tinju. Memetik media antarabangsa, Randy atau Randy Dionisius Pangalila, 34, dikatakan mula

SOLEKAN jadi kandungan media sosial

MEMPUNYAI bakat dalam solekan pasti menjadi idaman buat wanita, jadi ada yang sanggup belajar melakukan pelbagai jenis solekan. Malah, ada yang menjadikan teknik solekan sebagai