ARTIKEL

Pandelela, Nur Dhabitah terlepas peluang ke Sukan Olimpik Paris 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dan gandingannya Nur Dhabitah Sabri terlepas tiket untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas hanya menamatkan saingan acara 10 meter (m) platform seirama di kedudukan ke-12 di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, malam ini.

Ia selepas gandingan itu gagal menampilkan prestasi terbaik mereka untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan di final acara berkenaan yang berlangsung di Pusat Akuatik Hamad.

Tempat pertama menjadi milik pasangan China, Chen Yuxi-Quan Hingchan yang mengumpul keseluruhan 362.22 mata keseluruhan, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disambar pasangan Korea Utara, Kim Mi Rae-Jo Jin Min (320.70 mata) dan gandingan Great Britain, Toulson Lois-Spendolini Sirieix (299.34 mata).

Pandelela-Dhabitah perlu menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik bagi mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Paris.

Kelmarin, Pandelela yang merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 terlepas tiket ke Paris dalam acara kegemarannya 10m platform individu selepas menamatkan saingan di tempat ke-29 dengan mengumpul 231.15 mata, sekali gus gagal ke separuh akhir.

Baca lain  Sukan Sea: Hadkan atlet naturalisasi - CDM

Terdahulu, dua penerjun lelaki negara, Ooi Tza Lian dan Muhammad Syafiq Puteh tersingkir di pusingan kelayakan 3m papan anjal individu lelaki selepas masing-masing hanya menduduki tempat ke-23 (352.10 mata) dan 45 (296.35 mata). — BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU