Trending

Pandu lawan arah di bulatan Icom Square, pemandu disaman

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Tangkap layar rakaman dashcam memaparkan Perodua Bezza tidak mengikuti laluan yang betul di bulatan Icom Square, 16 September lalu.

KUCHING: Seorang pemandu kereta disaman kerana memandu tidak mengikuti laluan yang betul di bulatan Icom Square, di sini 16 September lalu.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, pemandu kereta Perodua Bezza berkenaan dikesan melakukan kesalahan tersebut yang dirakam dashcam (papan pemuka kenderaan) dan dimuat naik di laman media sosial.

“Video ini juga menerima banyak komen negatif atas tindakan pemandu tersebut dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Hasil tindakan dan risikan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kuching telah berjaya mengesan pemandu kenderaan terbabit dan telah diarahkan untuk hadir ke BSPTD Kuching untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliaua berkata, pemilik kenderaan terbabit telah tampil ke BSPTD Kuching pada, 7.30 malam semalam dan mengakui kesalahan tersebut.

Jelasnya, pemandu tersebut didapati melakukan kesalahan di bawah Kaedah 8(3)-kaedah-kaedah lalu lintas 166/59 iaitu kesalahan tidak mengikut tanda di laluan Trafik.

Katanya, satu saman PDRM (K) 257 telah dikeluarkan kepada pemandu terbabit.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru