Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

PANDUAN UMUM SEBAGAI RUJUKAN

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MAHATHIR HAROUN

PENULIS BUKU: Zahazan Mohamed

PENERBIT: Telaga Biru Sdn Bhd

HARGA: RM34

HALAMAN: 205

Jumlah halaman buku ini mungkin tidak mampu mengupas keseluruhan aspek pendidikan anak Islam dengan mendalam, tetapi sasaran pembaca bukanlah untuk mereka yang inginkan kupasan mendalam.

Buku ini boleh dianggap sebagai pengenalan bagi mereka yang tidak tahu atau mengambil berat tentang corak pendidikan anak menurut lunas Islam.

Corak persembahan banyak menampilkan foto yang mempunyai nilai tambah bagi merangsang hati pembaca terhadap keindahan dan ketenangan Islam.

Selain itu, ia berfungsi sebagai titik pengukuhan hubungan antara ibu bapa dengan anak.

Kandungan buku ini boleh dijadikan sebagai topik perbincangan mendidik anak-anak terutamanya anak berusia lima hingga tujuh tahun.

Anak juga sudah pasti tertarik dengan ilustrasi yang dipaparkan kerana ada antara mereka mungkin belum dapat membaca dengan lancar.

Fakta dihidangkan dalam buku ini memang berguna walaupun ada yang sudah biasa kita dengar.

HIMPUNAN NASIHAT DAN DOA

Setiap ibu bapa pasti mengimpikan anak hebat serta sukses dalam setiap aktiviti diceburi dan pada masa sama cerdik dan soleh.

Baca lain  ETIKA berbicara

Tetapi pakej ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran.

Ibu bapa mempunyai kuasa untuk menyediakan landasan yang perlu dilalui anak seharian dalam proses membesar.

Sebagai penjaga, ibu bapa juga perlu mengawal dan menyelia.

Untuk itu petunjuk daripada Illahi melalui al-Quran dan hadis merupakan modul dan acuan terpenting.

Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik secara sembarangan.

Buku ini mempunyai jawapan tentang huraian kaedah dan panduan mendidik anak-anak.

Bagi saya, ibu bapa perlu membaca buku ini kerana ia boleh dijadikan bahan tarbiah dalam usrah, sesi ibu bapa dan keluarga.

Ibu bapa boleh menghafal dan membaca doa yang terdapat dalam buku ini dan coretkan pengajaran penting kepada anak-anak melalui memo, coretan, surat, e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Kalau boleh, isi penting dalam buku ini dijadikan poster dan tampal di dinding untuk dibaca anak-kanak.

Ibu bapa boleh memberikan nasihat kepada anak-anak berdasarkan petikan yang disenaraikan dalam buku tersebut.

Baca lain  SABAR, TAKDIR dan tawakal

Secara keseluruhannya, Anakku Hebat Anakku Soleh patut dibeli terutama untuk ibu bapa yang mempunyai anak meningkat remaja. 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

ETIKA berbicara

PERWATAKAN setiap individu berbeza, sesetengah petah berbicara, selebihnya memilih menjadi

Sederhana lebih baik

Berhentilah mengejar kebendaan dan memuja dunia. Berhentilah berlebihan dalam sesuatu

Sentiasa ada pilihan

PILIHAN seperti bayang-bayang yang sentiasa ada dan menemani manusia sepanjang

Pengenalan POLITIK

Tajuk: Politik Untuk Pemula Penulis: Ayman Rashdan Wong Penerbit: Patriot

Gabung nilai AGAMA

Nazrul Zawawi Judul: Super Imej: Miliki Imej yang Berpengaruh, Dihormati,

Urus SISA PEPEJAL

Kalsum Mohammadin Judul Buku : Sisa Pepejal dan pengurusan Hijau

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru