ARTIKEL

Panggilan kecemasan palsu, orang ramai diminta lebih bertanggungjawab

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Mengambil serius dua panggilan kecemasan palsu yang diterima dalam tempoh lima hari, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dijangka membuat laporan polis agar siasatan lanjut dapat dijalankan.

Ketuanya Vincent Baling Yabi menegaskan, mana-mana pihak yang sengaja membuat panggilan kecemasan palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Saya amat kesal dengan apa yang berlaku, dalam tempoh kurang seminggu pihak kami dimaklumkan dengan dua insiden kebakaran yang tidak wujud.

“Seandainya hari ini tiada informasi tambahan tentang dakwaan kebakaran di rumah panjang Ulu Engkari, Lubok Antu semalam, maknanya sah panggilan palsu dan kita akan buat laporan polis,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Jelasnya, semalam BBP Betong sekitar 6:47 petang dimaklumkan oleh PGO Sarawak menyatakan terdapat kebakaran di rumah panjang Ulu Engkari setelah menerima panggilan dari Bilik Gerakan Balai Polis Sri Aman.

“Ekoran jarak yang jauh dan masa perjalanan mengambil masa empat ke lima jam, pihak kami telah bertanya dengan beberapa pihak untuk pengesahan seperti IPD Lubok Antu, UKAS Lubok Antu, dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lubok Antu…masing-masing mengatakan tiada kes kebakaran.

“Terdahulu pada 28 Mei, balai dimaklumkan oleh PGO Sarawak mengatakan terdapat kebakaran rumah di alamat No. 4B Jalan Kampung Lalang, Kampung Babu, Debak pada 2:10 petang setelah menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999.

“Namun, selepas diperiksa tiada kebakaran seperti yang dilaporkan,” ujarnya.

Beliau memohon orang ramai agar tidak sesuka hati membuat panggilan kecemasan.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya