KUCHING: Penganjuran Pesta Simunjan 2023 yang dijadual berlangsung penghujung September nanti menampilkan satu kelainan.
Ia berikutan adanya penganjuran satu lagi acara sukan tradisional iaitu pangkah gasing.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.25 Simunjan Awla Dris berkata demikian kepada Arena Suara Sarawak.
“Selain acara sukan utama iaitu regata atau perlumbaan perahu balok, kita juga akan menganjurkan pertandingan pangkah gasing.
“Acara ini akan dilangsungkan di gelanggang gasing Kampung Sungai Apin, Simunjan,” jelas Awla.
Dalam pada itu, Awla turut menegaskan, pihaknya sudah mengenal pasti tarikh untuk penganjuran Pesta Simunjan 2023, namun belum dimuktamadkan.
“Mesyuarat awal yang diadakan baru-baru ini sudah mengenal pasti tarikh untuk penganjuran pesta tersebut, tetapi belum dimuktamadkan. Apa yang pasti, ia akan berlangsung penghujung bulan September nanti,” tambahnya.