HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Pangkah Gasing Spaoh: 16 pasukan berentap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PENASIHAT PERTANDINGAN...Abang Suhordie.

KUCHING: Sebanyak 16 pasukan berentap bagi merebut gelaran juara Pertandingan Pangkah Gasing Berpasangan Spaoh 2022 yang bermula semalam.

Penasihat Pertandingan, Abang Suhordie Abang Zaini memberitahu, pasukan terbabit yang diwakili peminat sukan gasing di kawasan sekitar Kampung Spaoh, Betong.

PENASIHAT PERTANDINGAN…Abang Suhordie.

“Saingan akan berlangsung sebelah malam iaitu selesai sahaja solat tarawih bertempat digelanggang gasing Kampung Spaoh, Betong,” ujar Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.

Tegasnya, format pertandingan secara liga kumpulan di peringkat awal, manakala kalah singkir membabitkan pasukan yang berjaya mara ke pusingan seterusnya.

Menurut Abang Suhordie, hadiah menarik menanti pasukan yang berjaya dengan juara bakal membawa pulang wang tunai RM1,000 dan hamper.

“Naib juara pula akan menerima wang tunai RM500 serta hamper.

“Manakala, dua pasukan yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM250 dan hamper selaku pemenang tempat ketiga bersama,” ujarnya.

Pertandingan tersebut dianjur oleh Kelab Sulan Gasing Spaoh (KSGS).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru

Menjinak AI

PAKAR fizik Oxford Stephen Hawking yang terkenal dengan tesis lubang