ARTIKEL

Pangkalan Tentera Laut, Wilayah Medan II dirancang dibina di Samalaju

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Pangkalan Tentera Laut, Wilayah Medan II dirancang dibina di Samalaju, yang bakal memacu pembangunan dan ekonomi di sini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dimaklumkan mengenai perkara itu dalam pertemuannya dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan malam tadi.

“Ini akan membawa banyak kapal ke sini, bermakna ramai orang akan bekerja dan ia memberi kesan terhadap ekonomi kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek rumah contoh Skim Pembesaran Kampung Jelutong, Jepak dan Pusat Pentadbiran Bersepadu, Jepak di sini, hari ini.

Selain itu, Abang Johari yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) berkata kerajaan juga dijangka menempatkan pasukan 1 Briged termasuk memperbesarkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini.

“Dengan adanya pasukan keselamatan yang kuat di sini, kita akan selamat dan dengan itu, pelaburan akan datang kerana orang berasa selamat,” katanya.

Justeru, beliau berkata segala perancangan itu adalah adalah pelan induk kerajaan untuk Bintulu ke arah kemajuan yang lebih hebat pada masa akan datang.

“Kita menunjukkan prestasi yang baik dari segi ekonomi, sebab itulah dunia yakin dengan dasar ekonomi kita,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil