HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Pantai ditutup jika abai SOP

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MIRI: Datuk Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang meluahkan kebimbangan ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam melakukan aktiviti di Pantai Lutong, semalam.

Beliau mengambil maklum perkara tersebut selepas melakukan lawatan ke tapak berkenaan pada hujung minggu lalu. Katanya, Pantai Lutong menjadi satu kawasan yang terkenal kerana keindahan semula jadinya.

Susulan itu katanya, ia menjadi tarikan kepada penganjuran pelbagai aktiviti riadah termasuk kehadiran penjaja jalanan.

Tegas Adam Yii, sebagai langkah berwaspada, Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan melaksanakan pengaturan pematuhan SOP Covid-19 di kawasan berkenaan. Ini termasuk melakukan penguatkuasaan di kawasan tersebut untuk memastikan SOP sentiasa dipatuhi seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal serta mengelakkan aktiviti berkumpulan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 15 Apr 2021

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru