ARTIKEL

Pantai Temasya Tanjung Batu boleh diangkat sebagai pelancongan gastronomi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pantai Temasya Tanjung Batu di sini berpotensi menjadi destinasi pelancongan gastronomi yang unik dengan elemen warisan makanan pelbagai etnik.

Keyakinan tersebut disuarakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri selepas melihat sendiri keunikan serta keindahan kawasan itu.

Menurut beliau, di Sarawak termasuk Bintulu masih terdapat banyak kawasan yang belum dipelopori untuk dijadikan produk eko pelancongan baharu.

“Namun, disebabkan elemen promosi menyebabkan ia kurang dikenali masyarakat luar.

“Sebenarnya kita di seluruh Malaysia ini bukan sahaja di Sarawak, apa yang kekurangan adalah promosi,” katanya ketika ditemui media semasa lawatan santai ke Pantai Temasya Tanjung Batu, hari ini.

Justeru, jelasnya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya(MOTAC) menggalakkan individu yang terlibat dalam media sosial menjadi voluntourism bagi mempromosikan produk-produk tempatan yang terdapat di tempat masing-masing.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

BERITA TERBARU

Beras berkualiti, masyarakat sihat

BAGI rakyat di Asia Tenggara, terutama Malaysia, Indonesia dan Thailand, sukar untuk menolak nasi, sekurang-kurangnya sekali sehari, namun ramai yang makan nasi dua kali sehari,