ARTIKEL

Pantai Kuala Matu kembali meriah ketika musim cuti, hujung minggu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MATU: Penduduk Kuala Matu menzahirkan perasaan gembira dengan usaha Kerajaan Sarawak menaik tarafkan pantai berkenaan sehingga menjadi tarikan pengunjung terutama pada musim cuti dan hujung minggu.

Ketua Kaum Kampung Kuala Matu, Lapok Rawit berkata, selain mengindahkan lagi kawasan pantai, langkah dilaksanakan kerajaan itu juga mengurang masalah air pasang besar yang kerap menghantui penduduk sebelum ini.

Malah ujarnya, penduduk cukup teruja melihat perubahan besar yang sedang berlaku di kawasan tersebut.

“Operasi penjaja di kawasan ini tertangguh seketika bagi memberi laluan kepada kerja naik taraf pantai.

Kini, mereka kembali menjalankan peniagaan dan kami bersyukur, sambutannya sangat menggalakkan,” katanya kepada Suara Sarawak.


Menurut Lapok, sebelum projek naik taraf dilaksanakan, penjaja di pantai itu mengalami kesulitan apabila sering berdepan masalah banjir akibat fenomena air pasang besar.

Bagaimanapun katanya, pembinaan benteng baharu bukan sahaja mengubah landskap pantai tetapi juga mengurangkan masalah yang kerap dihantui peniaga dan orang ramai di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, kawasan itu amat berpotensi dari aspek rekreasi, ekonomi dan pelancongan malah, menjadi tumpuan pengunjung pada setiap hujung minggu dan musim cuti.

Justeru katanya, usaha pembinaan benteng adalah sesuatu yang amat ditunggu dan permulaan yang tepat ke arah meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan penduduk.

“Usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan ini secara tidak langsung memberi kesan yang sangat positif kepada penduduk kampung khususnya penjaja di kawasan ini. Terima kasih Kerajaan Sarawak,” jelasnya.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais