ARTIKEL

Pantau pelaburan China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Jemaah menteri akan memutuskan langkah-langkah susulan termasuk keperluan untuk menubuhkan satu jawatankuasa untuk memantau pelaburan dari China, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Beliau berkata langkahlangkah susulan berkenaan akan dibincangkan dalam satu mesyuarat jemaah menteri.

Setakat ini, pelaburan dan projek dari China dipantau oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta kerajaan China di bawah pengawasan Perdana Menteri Li Qiang yang akan dilaksanakan akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

“Kita juga ada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang mampu menyelenggarakan kerana persiapan yang dibuat oleh Kementerian Luar, MITI dan pegawai-pegawai sangat memuaskan sehingga kita mencapai prestasi yang diharapkan,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) mengenai penubuhan jawatankuasa khas untuk pantau pelaburan dari China di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Anwar memaklumkan mengenai hasil positif lawatan sulung beliau ke China baru-baru ini dari segi ekonomi dan peluang pelaburan, termasuk komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion yang diraih dari lawatan tersebut.

Perdana Menteri berkata beberapa penjanjian persefahaman telah ditandatangani semasa lawatan itu termasuk 12 dalam sektor perkhidmatan, 11 dalam sektor pengilangan dan empat dalam sektor infrastruktur. – Bernama

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU