Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin berkata, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) telah mengesan dan menghentikan pembakaran terbuka membabitkan tiga kawasan iaitu Skim Penempatan Semula di Kuala Baram, tanah kosong di kawasan perindustrian Kuala Baram dan Lot 2145 (tanah kosong yang diwartakan Majlis Bandaraya Miri (MBM).
“NREB menggunakan pembesar suara megaphone atau pelaung suara dron bagi memberi amaran kepada petani agar segera memadam kebakaran malah audio yang diguna itu boleh didengar sejauh satu kilometer,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kim Shin berkata, teknologi dron yang digunakan oleh NREB dan pengesanan satelit selain aplikasi teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah memberi kelebihan kepada NREB bagi mengesan aktiviti kebakaran terbuka secara haram di kawasan terpencil.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 24 Apr 2021