Pantau peniaga naikkan harga barang

MUKAH: Berdasarkan statistik dari 1 Januari hingga 1 Mac lalu, KPDNHEP Sarawak telah mengenal pasti 156 kes dengan rampasan bernilai RM437,832 serta jumlah kompaun RM11,900 bagi pelbagai kesalahan yang dilakukan peniaga.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDNHEP Sarawak Mogan Arumugam berkata, pemeriksaan telah dilakukan ke atas 10,208 premis perniagaan seperti ladang, pengilang, pengimport, pengeluar, pemborong dan peruncit. “Pemeriksaan ini telah kita lakukan di kawasan bandar dan luar bandar.

Semua anggota Penguat Kuasa KPDNHEP di seluruh Sarawak akan terus giat melakukan pemantauan setiap hari bagi memastikan bekalan barangan keperluan terus terjamin dan terkawal di Sarawak.

“Justeru bagi tahun ini sahaja, kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM200 juta bagi pelaksanaan Program Pengedaran Barangan Keperluan Asas, petroleum gas cecair (LPG) dan Community Drumming iaitu kenaikan 33 peratus berbanding RM150 juta pada 2020,” katanya menerusi satu kenyataan.

……Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak hari ini

Suara Sarawak