ARTIKEL

Pantau perkembangan anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Membesarkan anak pada tahun pertama kelahiran pasti mencabar bagi ibu bapa terutamanya anak pertama.

Memastikan perkembangan anak sentiasa terjaga memerlukan pendedahan sensor bagi merangsang deria anak seperti sentuh, bau, rasa, penglihatan dan pendengaran.

Oleh itu, bagi membantu merangsang perkembangan deria anak, lakukan aktiviti sensori seawal usia bawah dua tahun.

PERMAINAN BOLA

Aktiviti menggunakan bola dapat merangsang deria sentuh bayi.

Ini kerana bayi belajar cara untuk menggengam bola tersebut.

Melalui aktiviti ini, bayi terdedah kepada deria sentuh dan membuatkan mereka lebih terdedah dengan tekstur, bau dan warna.

Oleh itu, ibu bapa digalakkan membeli bola jenis bola mainan pelbagai saiz, warna dan tekstur bagi membantu meningkatkan deria sentuh mereka.

KAD BERCORAK

Aktiviti menggunakan kad stimulasi mampu merangsang deria penglihatan mereka, namun pada usia bawah tiga bulan, digalakkan menggunakan kad berwarna hitam dan putih.

Banyak menggunakan corak berwarna hitam dan putih supaya bayi dapat mengenal pasti objek atau corak yang terdapat pada kad tersebut. 

MAINAN BUNYI

Pilih jenis main yang mengeluarkan bunyi seperti gemerincing.

Ia dapat merangsang deria pendengaran bayi.

Oleh itu, ibu bapa disaran membeli mainan yang boleh mengeluarkan bunyi baik elektronik atau bukan.

PERMAINAN BLOK

Walaupun permainan blok tidak secanggih permainan lain, namun ia dapat membantu merangsang kesemua deria anak.

Blok datang dengan pelbagai bentuk, saiz dan warna — sesuai bagi merangsang minda dan pembelajaran bayi seawal dua bulan lagi.

Ini kerana, ketika bermain blok, anak-anak dapat menggunakan imaginasi mereka untuk mempelbagaikan cara bermain.

Melalui permainan blok itu, ibu bapa juga membantu mendedahkan anak-anak memahami konsep keseimbangan, matematik dan membina sesuatu.

Kesimpulannya, ibu bapa harus sentiasa mengambil berat tentang perkembangan anak dengan sentiasa memikirkan aktiviti atau permainan yang mampu merangsang deria.

Kepintaran anak boleh diasah dengan pendedahan awal dari rumah dengan sentiasa memberi mereka meneroka keadaan di sekeliling mereka.

BERITA LAIN

PAMERAN, PROMOSI IKMAS

IKMAS mengadakan pameran dan promosi sempena program bersama-sama komuniti Malaysia Madani di Masjid Darussalam Belarek, Long Lama, baru-baru ini. Pameran dan promosi Ikmas kali ini

Kilat Boy terus cipta sejarah

HARI penuh bersejarah kepada petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong apabila berjaya merangkul tali pinggang pada Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia Silver Super Bantamweight (55.0kg)

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah

BERITA TERBARU