ARTIKEL

Pantau titik panas kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI : Jabatan Bomba dan Penyelamat memberi tumpuan sekurang-kurangnya lima kawasan di daerah ini yang dikenal pasti sebagai titik panas kebakaran terbuka susulan musim panas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Mahmudin Narudin berkata, pihaknya merekodkan penggulangan beberapa insiden melibatkan kebakaran pelupusan sampah, kebun, hutan dan belukar.

Antara lokasi terbabit katanya ialah, Selalang, Skim B, Sungai Sebanyak, Jalan Minah dan Selangan selain beberapa lagi kawasan yang lain.

“Laporan tertinggi dicatatkan pada 2021 iaitu sebanyak 33 kes, jumlah itu kemudiannya menurun kepada 22 kes pada 2022, dan 15 kes pada tahun lalu,” katanya.

Mahmudin berkata, sebahagian besar insiden berlaku disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab dan kecuaian pihak tertentu yang sewenang-wenang membuang api seperti puntung rokok di kawasan terbuka dan kering

Anggota bomba menyertai operasi pemadaman di Tapak Pembuangan Sampah di Sarikei.

BERITA LAIN

Lima jam kejar bot nelayan asing

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu berjaya menahan sebuah bot nelayan Vietnam selepas mengejarnya selama lima jam kira-kira 80 batu nautika

BERITA TERBARU

Lima jam kejar bot nelayan asing

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu berjaya menahan sebuah bot nelayan Vietnam selepas mengejarnya selama lima jam kira-kira 80 batu nautika