Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Pantri Komuniti bantu masyarakat yang memerlukan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KOTA SAMARAHAN: Memahami kesukaran hidup masyarakat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) bekerjasama dengan sembilan pasar raya menjayakan program Pantri Komuniti untuk membantu golongan yang memerlukan.

Pengerusi MPKS Datuk Peter Minos berkata, usaha tersebut dilakukan kerana mereka menyedari kepayahan masyarakat dalam tempoh tersebut.

“Kita sendiri melihat ramai orang yang datang ke sini (Aiman Mall) untuk mendapatkan bantuan di bawah program Pantri Komuniti ini.

“Saya gembira dengan usaha sebegini dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat,” katanya selepas menyerahkan sumbangan di pasar raya H&L, Aiman Mall, di sini, hari ini.

Sebagai rekod, H&L merupakan antara pasar raya di Kota Samarahan yang terlibat dalam program yang menyumbangkan 30 pek bantuan setiap hari bermula hari ini hingga 12 Julai nanti.

Turut serta adalah LePaPa Market, Farley Supermarket, Sen Sen Department Store, Aiman Mall, Emart Summer Mall manakala CS Mini Market (mula 5 Julai) dan Elli Supermarket (4 hingga 6 Julai sahaja).

Antara sumbangan di bawah program Pantri Komuniti

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk