ARTIKEL

Papar gambar Agong pada kempen PRK KKB: Dua individu didakwa hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dua individu yang ditahan kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada sebuah kenderaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Ahad lepas didakwa di mahkamah hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kedua-dua individu yang berusia 66 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Baharu mengikut Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mengembangkan niat jahat.

“Pertuduhan terhadap dua individu dibuat selepas kertas siasatan diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya semalam,” katanya ketika dihubungi di sini.

Media sebelum ini melaporkan polis mehanan dua lelaki dan merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong  dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kempen PRK DUN Kuala Kubu Baharu.

Kedua-dua individu terbabit direman tiga hari bermula 5 Mei lepas.
– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri