ARTIKEL

Para nelayan diseru untuk mendaftar dengan PNK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Bintulu menggesa agar nelayan di seluruh kawasan ini mendaftar dengan PNK tersebut bagi memudahkan proses bantuan dan menerima manfaat bersama-sama.

Pengerusi PNK Bintulu Sahperi Juri berkata, terdapat masih ramai nelayan di kawasan itu yang belum mendaftar sebagai ahli (PNK).

Justeru katanya, pihaknya terus komited untuk menambah bilangan ahli supaya keuntungan dan bantuan-bantuan yang diterima dapat dinikmati bersama.

“Jumlah keahlian PNK Bintulu adalah seramai 804 orang terdiri daripada golongan nelayan, pengusaha dalam perusahaan perikanan seperti peniaga ikan dan produk hasil pemprosesan ikan yang meliputi kawasan Kuala Tatau hingga Kuala Nyalau,” ujarnya pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jalinan Kasih Ramadan Bintulu Port Holdings Berhad(BPHB) Bersama PNK Bintulu di Hotel Promenade, malam tadi.

Pada masa sama, Sahperi menyeru ahli-ahli PNK Bintulu untuk terus memberikan sokongan dan kerjasama yang baik kepada pihak BPHB dan agensi-agensi kerajaan di Bintulu demi kesejahteraan dan kemakmuran ahlinya.

“Mudah-mudahan hubungan kita akan kekal baik agar dapat bersama-sama membantu para nelayan di kawasan ini,” tambahnya.

Hadir sama Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Datuk Muhammad Yakup Kari dan Ketua Perkhidmatan Korporat Kumpulan BPHB merangkap pengerusi Program CSR bersama PNK Bintulu Maslihah Tioh.

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Guru wanita maut, Hilux bertembung Axia

KOTA SAMARAHAN: Seorang guru wanita maut setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan pacuan 4×4 berdekatan Institut Memandu NB Motors Sdn Bhd di sini, tengah

Pertandingan fotografi, video pendek untuk belia

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi Belia Antarabangsa Jalan Sutera Ketiga dan Pertandingan Video Pendek. Pengerusi penganjurnya pertandingan Kaunselor Michelle Law Wan

BERITA TERBARU

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Sarawak dulu sesingkang mantu rayat

BAU: Perintah Sarawak dipuji laban ngena chara go the extra mile tauka dulu sesingkang ba pengawa meri bantu ngagai rayat di menua tu. Sapit Menteri