ARTIKEL

PARA SUKMA 2024: Misi rampas gelaran juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kontinjen Para Sarawak berazam untuk muncul juara pada temasya Sukan Para Sukma XXI Sarawak 2024 yang berlangsung dari 20 hingga 28 September nanti.


Ia sekali gus merampas kembali gelaran berprestij tersebut daripada jiran, Sabah yang merupakan juara pada temasya Sukan Para Sukma XX 2022.


Dengan meletak sasaran untuk cuba meraih sekurang-kurangnya 84 pingat emas menerusi 10 acara sukan yang dipertandingkan.


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Mohamad Razi Sitam menegaskan, tugas dilihat mencabar menanti atlet yang mewakili Sarawak di temasya dwitahunan negara itu kelak.
Namun, beliau melihat peluang untuk merampas gelaran juara tersebut tetap terbuka.


“Kelebihan selaku tuan rumah harus dimanfaat dengan sebaik mungkin,” ujar beliau.


Menurut Razi, persiapan kesemua atlet yang berada dalam senarai panjang atau skuad bayangan ketika ini berjalan lancar.


Untuk rekod kontinjen Para Sukma Sarawak merupakan penyandang juara sebanyak 13 kali sejak 1994.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024

KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia, dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan dalam barisan pemain

BERITA TERBARU