ARTIKEL

Presiden Majlis Paralimpik Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin

Para SUKMA 2024 : MPM sasar sifar masalah klasifikasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berhasrat untuk membasmi masalah klasifikasi bagi atlet paralimpik pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, 20 hingga 29 Sept ini di Kuching, Sarawak.

Presiden MPM Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata hal itu bertujuan mengelakkan atlet tidak dapat bertanding di temasya tersebut kerana masalah klasifikasi.

“Kita menyasarkan sifar masalah klasifikasi semasa di Kuching kerana kita mahu pastikan semasa temasya berlangsung, tiada atlet yang tidak kesampaian untuk bertanding, jadi kita mahu semua atlet untuk melakukan klasifikasi di negeri masing-masing mengikut segala prosedur dan klasifikasi yang ditetapkan oleh ketua klasifikasi setiap negeri.

“Kita tidak mahu membazir masa dan wang dan kita nak pastikan hanya atlet yang layak sahaja untuk pergi (Para SUKMA 2024),” katanya selepas merasmikan majlis penutup Kursus Klasifikasi Kebangsaan MPM di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau menambah proses klasifikasi tersebut dapat menaikkan martabat Sukan Para SUKMA seperti temasya sukan antarabangsa yang lain iaitu tiada klasifikasi dibuat semasa temasya berlangsung.

Sementara itu, seramai 139 peserta dari semua negeri menyertai Kursus Klasifikasi Kebangsaan MPM selama tiga hari bermula Jumaat lepas.

Setiausaha Agung MPM Datuk R. Subramaniam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Klasifikasi Para SUKMA berkata kursus itu bagi melatih peserta dalam proses klasifikasi bagi memudahkan proses tersebut dijalankan di negeri masing-masing sebelum temasya Sukan Para SUKMA 2024 bermula.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) berkata tiada masalah sekiranya atlet tersebut mahu mewakili negeri selain negeri kelahiran mereka.

“Jika dia nak wakil negeri lain tiada isu, yang penting klasifikasi telah dibuat untuk kurangkan risiko berlaku kesilapan. Jika atlet telah melaksanakan klasifikasi di peringkat negeri, bermakna yang datang ke Sarawak itu memang boleh bertanding (Sukan Para SUKMA),” katanya.
– Bernama

BERITA LAIN

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

16 pasukan rebut gelaran juara

SERIAN: Sejumlah 16 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara Piala FA 2024, Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA). Pengerusi Kejohanan, Mohd. Haical Abdullah memberitahu,

Kecoh, pelajar cuba pukul pengadil

ALOR SETAR: Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu bertukar kecoh selepas seorang pelajar lelaki dikatakan cuba memukul pengadil perlawanan pada

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA