ARTIKEL

EMAS KETIGA...Aksi Richard Bada ketika melakukan lemparan acara cakera sebentar tadi. |FOTO MOHD. ALIF NONI

Para SUKMA 2026: Richard Hadiah Hatrik Emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Jaguh para olahraga Sarawak, Richard Bada, 33, terus menceriakan kem pasukan apabila berjaya meraih pingat emas acara lempar cakera lelaki (F41).

Saingan yang berakhir di Stadium UiTM, Shah Alam sebentar tadi menyaksikan anak jati kelahiran Kampung Segenam, Serian itu berjaya melakukan lemparan sejauh 24.76 meter.

HEBAT…Richard Bada mempamer catatan rekod baharu diciptanya. |FOTO MOHD. ALIF NONI

Ia mengetepikan dua pencabarnya iaitu Ammar Zull Qayyim dari Terengganu dengan jarak 20.08 meter untuk meraih pingat perak dan Nazhan dari Kelantan dengan jarak 18.57 meter untuk pingat gangsa.

Ia merupakan pingat emas ketiga untuk Richard, selepas berjaya meraih dua pingat emas dengan catatan rekod baharu kejohanan sebelum ini.

Menerusi acara lontar peluru dengan jarak lontaran sejauh (8.09 meter) dan rejam lembing dengan jarak rejaman (22.85 meter).

“Saya cukup gembira menutup pentas saingan untuk acara peribadi saya dengan tiga pingat emas kesemuanya,” ujar Richard ketika ditemui selesai acaranya.

Richard akui kejayaan meraih pingat emas pada temasya kali ini diabadikan untuk Sarawak, barisan jurulatih, ahli keluarga dan rakan.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoa kejayaan saya pada kali ini,” katanya.

PAMER..Richard Bada mempamer dua pingat terdahulu yang dimenanginya. – FOTO MOHD. ALIF NONI

BERITA LAIN

BERITA TERBARU