Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

PARA SUKMA JOHOR: Kembali sambung latihan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PENGURUS...Rusmalina Mat Darus.

KUCHING: Skuad powerlifting Para Sukma Sarawak dijangka kembali menyambung sesi latihan seperti biasa pada pertengahan bulan ini.

Namun, pengurus pasukan Rusmalina Mat Darus berkata segalanya bergantung kepada situasi semasa negara.

“Mengikut perancangan awal kita sebelum ini, latihan untuk semua atlet powerlifting di pusat gimnasium bermula tengah bulan ini,” katanya kepada Aena Suara Sarawak.

Menurut Rusmalina, ketika ini sesi latihan atlet dijalankan secara kendiri di rumah masing-masing, dengan dipantau secara dalam talian oleh jurulatih serta pegawai terlibat.

Beliau menambah tiada sebarang masalah untuk atlet terbabit melaksanakan rutin tersebut meskipun pada hakikatnya ia jauh berbeza kerana tanpa peralatan sepatutnya.

Justeru, Rusmalina percaya sekiranya latihan kembali bersambung seperti biasa, ia akan berupaya mengembalikan prestasi anak didiknya ke tahap sebelumnya.

Skuad powerlifting Para Sukma Sarawak dibarisi atlet lama dan baharu.

Antaranya, Azlan Mos, Mohamad Fuad Alen, Abdul Malek Abdullah, Bryan Junency Gustin, Hermandy Rasidi, Arrobert Sabai Sambang, Mohd. Firdaus Affendi, Nicodemus Manggoi Moses, Nurul Rabiatul Adawiyah Bakri, Melinda Tiong, NurAmirah Jamaludin, Bibiana Ahmad, Fransisca Wells, Sona Agon, Rosnani Kassim dan Norfariza Mortadza.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru