Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

PARA SUKMA KL 2022: Sarawak sasar 60 pingat emas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SARAWAK BOLEH…Datuk Seri Fatimah Abdullah (tengah) bersama sebahagian atlet Para Sukma Sarawak yang hadir.

KUCHING: Kontinjen Para Sukma Sarawak mensasar meraih sekurang-kurangnya 60 pingat emas pada temasya Sukan Para Sukma Kuala Lumpur 2022 yang dijangka berlangsung Oktober nanti.

Sasaran tersebut sebagai penanda aras untuk mempertahankan kejuaraan bagi temasya sukan membabitkan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) seluruh negara itu.

Ia sekali gus mengekalkan reputasi hebat kontinjen Para Sukma Sarawak selaku juara sebanyak 13 kali.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata persiapan kontinjen Para Sukma Sarawak kini berjalan lancar dan latihan membabitkan semua atlet juga mengikut jadual.

“Misi utama kita kali ini mahu bergelar juara seterusnya, kita berharap segala pelan berjalan lancar,” katanya ketika berucap pada Sesi Bersama Atlet Para Sukma 2022 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Sambil merujuk pencapaian hebat kontinjen Para Sukma Sarawak sejak tahun 1994, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008, 2010, 2012, 2014, 2016 2018, Fatimah turut meletakkan lapan acara sukan yang bakal menjadi penyumbang perolehan pingat emas.

Antaranya, olahraga (26), renang (18), powerlifting (7), tenpin boling (4), ping pong (2) selain acara badminton (1), boling padang (1) dan catur (1).

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News