ARTIKEL

Para SUKMA Sarawak 2024: Kelantan sasar 18 pingat emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Kontinjen Kelantan menyasarkan 18 pingat emas pada temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 yang akan bermula September ini, menurut Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri (Pesron).

Pengerusinya Mahmood Deraman berkata sasaran emas itu bakal digalas 74 atlet menerusi acara olahraga iaitu 10 emas, satu emas dalam cara badminton, catur, boccia serta boling padang manakala dua emas masing-masing dalam acara ping pong dan powerlifting.

Beliau yang juga ketua jurulatih Para SUKMA Kelantan berkata atlet yang bakal dipilih akan mengikuti latihan pusat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri di Panji di sini bermula 15 Julai ini.

“Atlet yang terpilih akan dinilai melalui klasifikasi bagi menentukan status dan pemilihan mereka pada kali ini melibatkan atlet berusia 16 ingga 35 tahun,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Temasya Para SUKMA Sarawak bakal disertai 1,528 atlet dijadual berlangsung dari 22 hingga 28 Sept ini. — BERNAMA

BERITA LAIN

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

Larian Hari Sarawak di Binatngor

BINTANGOR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Hari Sarawak sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor, pada 22 Julai ini. Acara itu dijangka kehadiran lebih 800

Persiapan SUKMA 2024 capai lebih 90 peratus

KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

BERITA TERBARU