ARTIKEL

Ryllan Cornellius (kiri) dan Nurzammiezatul Syafiqqah Mohammad Zamberi (kanan).

Para SUKMA XXI 2024: Kem badminton ada tiga pemain baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kem Badminton Para Sarawak terus ceria dengan kehadiran tiga pemain baharu yang akan beraksi dalam kategori berbeza.

Ketua jurulatih, Suhaili Laiman, memberitahu, dua pemain tersebut, iaitu Ryllan Cornellius Megan Rudy (SH6) dan Nurzammiezatul Syafiqqah Mohammad Zamberi (SH6), akan bersaing dalam kategori kerdil.

Ini bermaksud kategori kerdil akan diwakili tiga pemain, termasuk Ardiles Benson (SH6).

Seorang lagi muka baharu ialah Mohd Faizul Fathi (SL4).

“Kita kini mempunyai tiga pemain baharu, dua daripadanya akan bersaing dalam kategori kerdil manakala Mohd Faizul Fathi dalam kategori yang telah ditetapkan.

“Kesemua mereka sudah menyertai kem latihan mengikut jadual ditetapkan,” ujar Suhaili kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Suhaili, beliau menyifatkan kehadiran tiga pemain baharu itu sebagai kredit buat kem kendalian pasukannya ketika ini.

Walaupun masih baharu di pentas kompetitif temasya Para SUKMA XXI 2024, beliau percaya kesemua mereka akan berusaha untuk mempamerkan mutu permainan terbaik.

BERITA LAIN

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan

BERITA TERBARU

Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi

KUANTAN, Pahang: Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan