ARTIKEL

Fatimah (berdiri lima kiri) bergambar bersama rombongan dan atlet serta jurulatih ketika meninjau sesi latihan pasukan renang Para Sarawak sebentar tadi. - Foto: Alif Noni

Para SUKMA XXI 2024: Lawatan Fatimah dan rombongan jadi cetusan semangat buat atlet renang, olahraga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cetusan semangat diperoleh atlet orang kelainan upaya (OKU) Sarawak pada waktu merek mempersiapkan diri bagi menghadapi temasya Sukan Para SUKMA Sarawak ke-21 2024 yang akan berlangsung dari 22 hingga 28 September akan datang.

Sebentar tadi, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, bersama rombongan meluangkan masa hampir tiga jam meninjau sesi latihan atlet dua pasukan, iaitu bagi sukan olahraga dan renang, di Kompleks Belia dan Sukan (KBS).

Pada masa sama, beliau turut berinteraksi dengan atlet, jurulatih dan pegawai terbabit selain memberi peringatan dan kata-kata semangat kepada mereka.

Mesej utama ditekankannya pada taklimat ringkas kepada atlet kedua-dua pasukan terbabit adalah fokus kepada latihan dan berusaha untuk meningkatkan prestasi diri bagi memastikan misi merangkul kejuaraan ke-14 bagi kontinjen Para SUKMA Sarawak tercapai.

Kontinjen Para SUKMA Sarawak pernah bergelar juara sebanyak 13 kali sejak ia bermula pada 1994 hingga 2018.

BERITA LAIN

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat