ARTIKEL

INGATAN PENTING...Datuk Amar Dr Sim (dua dari kanan) memasukan replika angka 83 ke tempat khas sebagai simbolik perasmian 'Kira Detik 100 Hari Para Sukma XXI 2024' petang tadi. - FOTO ALIF NONI

PARA SUKMA XXI 2024: Yakin Sarawak rampas gelaran juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kontinjen Para Sukma Sarawak diyakini mampu merampas kembali gelaran juara yang pernah dimenangi sebanyak 13 kali sejak 1994 hingga 2018 pada temasya Sukan Para Sukma XXI 2024 yang dijadual berlangsung dari 20 hingga 28 September depan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menegaskan, ia diyakini dengan persiapan rapi dilakukan para atlet ketika ini serta kelebihan Sarawak selaku tuan rumah.

Ia boleh menjadi penanda aras buat kesemua atlet yang diberi kepercayaan bertanding di temasya kali ini untuk mencetak gelaran juara ke-14.

Katanya, cukup signifikan misi atlet para Sarawak yang bertanding dalam kejohanan kali ini iaitu muncul sebagai juara keseluruhan.

MEMBURU JUARA KE-14….Datuk Amar Dr Sim dan Datuk Sri Hajah Fatimah Abdullah (tengah) bersama-sama para atlet melaungkan slogan ‘Sarawak Juara’ pada majlis tersebut. – FOTO ALIF NONI

Justeru, Dr Sim menuntut semua atlet ketika ini untuk fokus dengan persiapan masing-masing.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Sri Fatimah Abdullah menegaskan, persiapan semua atlet berjalan lancar sepenuhnya.

“Misi kita amat jelas mahu memastikan Sarawak muncul juara keseluruhan pada temasya kali ini. Sekali gus, memuktamadkan gelaran berprestij itu untuk kali ke-14.

“Tempoh 100 hari yang tinggal harus diguna sebaik mungkin barisan atlet untuk mempersiap diri masing-masing,” ujar beliau.

Temasya Para Sukma XXI 2024 menyaksikan10 acara dipertandingkan. Antaranya, olahraga, renang, badminton, powerlifting, tenpin boling, boling padang, pingpong, boccia, catur dan memanah.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU