ARTIKEL

Paralimpik Tokyo 2020: Jamery mahu hadiahkan pingat buat Ketua Menteri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perenang handalan, Jamery Siga (S5) berazam untuk meraih sebarang pingat di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Azamnya, mahu menghadiahkan pingat tersebut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Pengumuman khas Ketua Menteri dua hari lalu berhubung pemberian elaun RM10,000 dan insentif yang bakal menanti, mencetus semangat juang tinggi bagi diri saya dan rakan-rakan untuk mengharungi temasya berprestij dunia itu.

“Justeru, saya tekad untuk berusaha sedaya upaya membawa pulang pingat nanti,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Jamery, sememangnya dijangka saingan sengit bakal diharungi dirinya pada kejohanan empat tahun sekali itu.

Namun, dengan persiapan rapi serta pengalaman dimiliki ketika beberapa kali mewakili negara di kejohanan bertaraf dunia.

Perenang kelahiran Kampung Kuala Mendalam, Medamit Limbang itu yakin peluang untuk dirinya merealisasi impian tersebut tetap ada.

“Apa yang penting saya harus mempertingkatkan persiapan dengan tempoh masa beberapa minggu ini,” tambah Jamery sambil menyatakan dirinya akan bersaing dalam acara kegemarannya 50 meter kupu-kupu.

Baca lain  Jika sayangkan keluarga, tolong jangan balik ke Sibu

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan bermula 24 Ogos ini sehingga 5 September depan.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier