Paras air beberapa kawasan di Sarawak menaik

KUCHING: Paras air di Bahagian Kuching, Samarahan dan Bintulu pada aras amaran setakat jam 8.10 malam tadi.
Laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) memberitahu, penduduk di sekitar kawasan terbabit sentiasa berjaga-jaga.
“Paras air di Kuching menunjukkan trend menaik yang kini pada atas 2.53 meter di Sungai Sarawak Basin (Satok B).
“ Paras air di Samarahan(Asajaya Water Intake) dan Bintulu (Rumah Abua Tatau Basin) pula masing-masing pada aras 3.31 meter dan 10.70 meter,” katanya menerusi satu kenyataan.
Sementara itu, tujuh lagi kawasan pada aras waspada apabila penduduk di sekitar kawasan dikehendaki sentiasa berjaga-jaga.
“Paras air di Telemetri Batu Kitang Sungai Sarawak Basin adalah 4.08 meter manakala di Buan Bidi, Sungai Sarawak Basin ialah 16.50 meter namun menunjukkan trend menurun.
“Bagaimanapun Kuala Maong dan Padungan di Sungai Sarawak Basin menunjukkan trend menaik dengan masing-masing 2.23 meter dan 2.77 meter,” jelasnya.
Tambahnya, di Bahagian Sarikei pula, DID Rajang Basin adalah mendatar dengan 2.86 meter.
“Di Sungai Sibiu, Kemena Basin, Bahagian Bintulu trend air menurun iaitu pada aras 4.18 meter.
“Trend air menaik di Pangkalan Dalat, Oya Basin dengan 3.83 meter dan di Roban, Krian Basin, Bahagian Betong iaitu 4.94 meter,” ujarnya.
Kenyataan turut memberitahu, trend air mendatar di Batu Gong, Samarahan Basin, Bahagian Serian dengan 4.58 meter.

Suara Sarawak