ARTIKEL

Anggota APM menjalankan pemantauan di Kampung Sinar Budi Baru.

Paras air di Sarawak pada tahap terkawal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Keadaan paras air sungai di negeri ini berada pada tahap terkawal, meskipun hujan berterusan sejak semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, pemantauan dijalankan di daerah Kuching, Serian, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Saratok dan Julau mendapati paras air normal. 

“Pemantauan di daerah Sibu mendapati terdapat peningkatan paras air, sementara paras air di Daerah Selangau dan Kanowit adalah normal.

“Sementara, paras air di daerah Belaga meningkat manakala paras air normal di Daerah Song,” katanya dalam laporan hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, paras air di Daerah, Mukah, Daro, Dalat, Tanjung Manis, dan Matu meningkat manakala di Daerah Lawas, paras air adalah normal.

Sekretariat turut berkata, seramai 16 mangsa ribut Iris Garden dan Pine Court masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Assyakirin.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU