ARTIKEL

Paras air Sungai Sarawak dalam keadaan terkawal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keadaan paras air Sungai Sarawak masih dalam keadaan terkawal setakat ini, kata Pengerusi Lembaga Sungai Sarawak (LSS) Dr Morni Suhaili.
Menurut beliau, setakat ini pihak mereka sedang melakukan operasi untuk mengeluarkan air di Kuching Barrage supaya isipadu air Sungai Sarawak berada pada paras rendah.
“Sekiranya air tidak dilepaskan buat masa ini, ia akan merumitkan lagi keadaan terutamanya apabila bertembung dengan hujan lebat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau menambah, kejadian banjir besar berlaku apabila fenomena air pasang besar atau ‘King Tides’ bertembung dengan hujan lebat.
“Apabila fenomena air pasang, kita tidak dapat melepaskan air ke kawasan laut kerana kedua-dua paras air tinggi dan setiap kawasan ini mempunyai paras air yang tersendiri.
“Sekiranya paras air sungai melebihi 10 meter, ia menjadi kebimbangan kita untuk berlakunya kejadian banjir,” jelasnya lagi.
Morni berkata, fenomena air pasang besar turut dijangka akan berlaku sekitar jam 6 petang ini.
Sementara itu, beliau menasihatkan penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai dan kawasan rendah untuk sentiasa berhati-hati.
“Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan sungai, kami ada menyediakan stesen telemeteri yang akan memberi siren amaran kepada masyarakat untuk sentiasa berwaspada.
“Stesen ini akan memantau paras air semasa, sama ada berlakunya air pasang besar ataupun tidak,” ujarnya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU