ARTIKEL

Chieng Jen menunjukkan usul yang dikemukakannya di Parlimen bagi membincangkan segera isu pelajar cemerlang 10A SPM yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian dalam Program Matrikulasi.

Parlimen perlu selesai segera isu pengambilan pelajar cemerlang dalam Program Matrikulasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen, mendesak Parlimen untuk membincangkan segera isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat bagi melanjutkan pengajian dalam Program Matrikulasi.

Menerusi usul yang dikemukakannya hari ini, beliau berkata penyelesaian segera perlu dibuat berhubung isu yang mendesak itu, sekali gus memastikan pelajar-pelajar cemerlang terbabit mendapat tempat dalam pengajian peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, masih ramai golongan pelajar cemerlang terbabit yang tercicir daripada Program Matrikulasi, meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memberi jaminan bahawa semua calon SPM yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dan ke atas serta memohon melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi akan mendapat tempat, tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Malah, beliau berkata jaminan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bahawa tiada pelajar cemerlang yang akan tercicir juga tidak seperti yang diharapkan.

“Jaminan lisan itu tidak diterjemahkan ke dalam tindakan kementerian untuk menyelesaikan perkara itu.

“Kelewatan setiap hari dalam menyelesaikan perkara ini adalah satu keperitan buat pelajar dan juga defisit kepercayaan terhadap kredibiliti kerajaan,” katanya.

Menurut Chieng Jen, masalah itu jelas apabila masih ramai pelajar yang mendapat 10A tidak diterima dalam pengambilan Program Matrikulasi yang diumumkan baru-baru ini, sehingga menghancurkan harapan mereka.

“Kekecewaan melanda seluruh negara, bukan sahaja dalam kalangan pelajar yang mendapat 10A tetapi juga ibu bapa mereka.

“Ramai daripada mereka yang mempercayai kata-kata Perdana Menteri.

“Kata-katanya masih terngiang-ngiang di telinga semua orang tentang janji kepada pelajar 10A itu, namun kenyataannya ternyata sebaliknya,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja