Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Parti persiapkan jentera, sedia hadapi PRN Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SIDANG MEDIA… Peyandang Adun Bukit Semuja, John Ilus di Program Perasmian Agricop Kampung Remung, Serian.

SERIAN: Dalam persediaan berdepan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12), jentera dalam parti yang melibatkan anggota di peringkat kampung dan cawangan telah dipersiapkan, kata Penyandang Dun Bukit Semuja, John Ilus.

Justeru katanya, ahli parti yang terlibat akan dapat merancang jadual perjumpaan dan sebagainya supaya dapat bersama dengan masyarakat di kawasan ini.

“Kita sedia maklum bahawa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan sangat ketat, justeru kita memberikan tanggungjawab kepada ahli jawatankuasa untuk memainkan peranan masing-masing.

“Kita semua perlu berganding bahu sebagai satu pasukan untuk memastikan kerusi bagi kawasan ini kekal pada pihak kita,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian AgriCOP, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut menyatakan bahawa beliau sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan diumumkan pada 4 Disember kelak.

Jelasnya, Ketua Menteri yang juga merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sendiri bakal mengumumkan nama calon itu nanti.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News