ARTIKEL

Parti Sedar Rakyat melebar sayap ke Sabah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Parti politik Sarawak, Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini melebarkan sayapnya ke Sabah dengan Prof Dr Ariffin Willie Muhammad dipilih sebagai pengerusi protem negeri tersebut.

Ia susulan parti yang ditubuhkan pada 2018 itu kini berstatus parti nasional selepas diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 7 Ogos lalu.

Presidennya Datuk Othman Abdillah berkata, satu mesyuarat penubuhan cawangan oleh ahli-ahli di Sabah telah diadakan pada 23 September lalu untuk mendaftarkan cawangan di peringkat negeri itu.

“Mesyuarat penubuhan itu telah memilih tujuh orang ahli selaku Jawatankuasa Protem Negeri Sabah di bawah pimpinan Prof Dr Ariffin Willie Muhammad sebagai pengerusi protem.

“Dengan penubuhan cawangan Sabah, SEDAR akan memperkasakan kehadirannya dengan terlibat secara aktif bersama-sama masyarakat berbilang kaum di negeri itu.

“Kami mengenali segala cabaran serta peluang yang khusus di Sabah. Cawangan baharu kami ini akan bekerja tanpa jemu untuk menangani kebimbangan serta memenuhi rakyat negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut katanya, SEDAR akan memperjuangkan matlamat utamanya ke arah merealisasikan hak rakyat untuk menerima dividen kewangan secara langsung daripada sumber asli negeri terutamanya hasil industri minyak dan gas.

“Ini akan dilakukan melalui pelaksanaan dua skim terasnya, iaitu Dividen Asasi Rakyat (dividen bulanan kepada semua rakyat dewasa Sabah) dan Tabung Hak Ekuiti Rakyat yang merupakan tabung kekayaan sosial yang dimiliki oleh negari dan rakyat sendiri.

“Dengan ini, kami menjemput semua rakyat Sabah yang sehaluan nilai dan aspirasi untuk menyertai SEDAR.

“Dengan penyertaan itu, rakyat akan boleh mengambil bahagian secara aktif dalam membentuk masa depan diri yang lebih cerah untuk negeri Sabah,” ujarnya.

Turut dipilih sebagai ahli jawatankuasa ialah Bahri Bakri sebagai timbalan pengerusi protem, manakala Julia Ongkili dipilih sebagai setiausaha protem.

Seramai empat orang lagi telah dipilih sebagai ahli jawatankuasa protem yang terdiri daripada Bonepes Been (bendahari protem), Jasni Badali, Nurul Faizah Ariffin dan Nilis Joseph.

Menjadi sebuah parti bertaraf nasional akan membolehkan SEDAR memperluaskan misinya dalam membela hak rakyat agar mendapat manfaat secara langsung daripada kekayaan yang dihasilkan melalui pengeksploitasian sumber negeri dalam sektor minyak dan gas terutamanya di Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu. 

LAIN-LAIN BERITA

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

24 mesin hemodialisis baharu diagih ke seluruh Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak memperuntukkan sebanyak 24 buah mesin hemodialisis yang bernilai RM987,600 dalam usaha memperkasakan rawatan pesakit buah pinggang di negeri ini.

BERITA TERBARU

China keluarkan amaran cuaca buruk

BEIJING: Amaran cuaca buruk diumumkan di seluruh kawasan China pada Rabu ketika suhu menjunam di selatan, dengan Beijing kini dalam keadaan bersalji. Pihak berkuasa memperbaharui

KUCHING: Sebanyak lapan syarikat di bawah Program Gate to Global (GTG) MARA menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pameran di

Song Hye Kyo biarawati Dark Nuns

Pelakon Korea Selatan, Song Hye Kyo kembali ke dunia lakonan dengan membintangi fi lem Dark Nuns.  Selain Hye Kyo, terdapat bintang lain seperti Vincenzo Jeon

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,