Trending

Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini berstatus nasional

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
DATUK OTHMAN ABDILLAH

KUCHING: Parti Sedar Rakyat Sarawak kini berstatus parti nasional dikenali sebagai Parti Sedar Rakyat (SEDAR) selepas diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 7 Ogos lalu.

Presidennya Datuk Othman Abdillah berkata, keputusan tersebut diterima berlandaskan sokongan yang diterima terutama dari wilayah Sabah, selain Kelantan dan Terengganu yang menghasilkan minyak dan gas.

“Pindaan kepada perlembagaan parti untuk penyesuaian nama dan beralih ke peringkat nasional telah diluluskan oleh ahli-ahli parti dalam Kongres Umum Tahunan pada tahun lepas.

“Dengan menjadi sebuah parti bertaraf nasional, ia akan membolehkan SEDAR memperluaskan misinya dalam membela hak rakyat agar mendapat manfaat secara langsung daripada kekayaan yang dihasilkan melalui pengeksploitasian sumber negeri dalam sektor minyak dan gas,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Jelasnya, mesej SEDAR tentang keadilan, ketelusan dan hak rakyat untuk mendapatkan pembahagian yang adil daripada pendapatan minyak dan gas.

“Dengan kelulusan rasmi daripada JPPM itu juga, SEDAR telah menggerakkan jenteranya bermula dari Sabah untuk meluluskan permohonan keahlian di luar Sarawak.

“Bagi Sabah, Profesor Dr Ariffin Willie dan Julia Ongkili dilantik untuk memimpin usaha menuju pembentukan dan pendaftaran Cawangan SEDAR Sabah.

“Pelantikan pegawai perhubungan untuk negeri-negeri lain akan menyusul tidak lama lagi,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

PBK bawa politik murahan

BETONG: Membangkitkan dakwaan tentang kemungkinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru