ARTIKEL

Partikan pelaksanaan projek lancar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak pada masa depan hanya akan menerima untuk melaksanakan projek persekutuan di bawah AP182, jika isu-isu yang dihadapi diselesaikan oleh agensi dan kementerian di bawah Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia memandangkan semasa melaksanakan projek AP182, JKR Sarawak menghadapi beberapa masalah seperti isu tanah yang tidak dapat diselesaikan, maklumat yang tidak mencukupi dan siling tidak mencukupi.

“Ini bagi memastikan pelaksanaan projek yang lancar pada masa hadapan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurut Uggah yang juga menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Jabatan Teknikal Sarawak diberi kuasa untuk melaksanakan projek persekutuan di bawah AP182 bernilai RM50 juta ke bawah.

Katanya pada mula, 92 projek bernilai RM1.09 bilion telah disenaraikan untuk pelaksanaan di bawah Rolling Plan 3 dengan 88 projek diperuntukkan kepada JKR
Sarawak dan empat kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPS) pada 2023.

Bagaimanapun, beliau berkata daripada 88 projek yang diserahkan kepada JKR Sarawak, 22 projek bernilai RM102 juta telah dikeluarkan oleh kementerian persekutuan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, Kementerian Dalam Negeri termasuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Sehubungan itu, hanya 66 projek bernilai RM918 juta akan dilaksanakan oleh JKR Sarawak dan daripada RM918 juta, hanya RM56 juta telah disalurkan kepada JKR Sarawak untuk pelaksanaan,” katanya.

Sementara mengenai Jalan Penghubung Sarawak-Sabah (SSLR), Uggah berkata empat pakej di bawah SSLR Fasa 2 dengan panjang keseluruhan 320 kilometer kini dalam peringkat pra-kontrak dan dijangka bermula pada 2024.

Katanya penjajaran SSLR Fasa 2 terdiri daripada Pakej 1: Mulu ke Long Seridan (60km); Pakej 2: Long Seridan ke Nanga Mendamit (101km); Pakej 3: Long Lopeng ke Long Komap, Ba’Kelalan (63km) dan Pakej 4: Rumah Aling ke Long Merarap (96km).

Manakala, beliau berkata pelaksanaan SSLR Fasa 1 sepanjang 76km yang dimulakan pada Ogos 2021 dijadualkan siap pada April 2026.

Berhubung Lebuhraya Trans Borneo, Uggah berkata Makmal Penilaian Nilai telah dijalankan pada September lalu dan kerja pembinaan dijangka akan dimulakan
pada tahun depan, melibatkan tiga bahagian iaitu Kuala Baram ke ICQS Sungai Tujuh, Miri (4.9km); ICQS Tedungan ke ICQS Pandaruan, Limbang (54.6km) dan
Pekan Lawas ke Pos Imigresen Merapok, Lawas (34.1km).

LAIN-LAIN BERITA

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

BERITA TERBARU