ARTIKEL

PAS kekalkan kemenangan dalam PRK Kemaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

CHUKAI: PAS mengekalkan status quo di Kemaman selepas calonnya Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu.


Menteri Besar Terengganu itu menang dengan majoriti 37,220 setelah memperoleh 64,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ahmad Farhan Abdul Wahab di pusat penjumlahan undi di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman, di sini malam ini.

Ahmad Farhan berkata sebanyak 65.76 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK itu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Che Alias Hamid daripada PAS menang dengan majoriti 27,179 undi, menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Seri Ahmad Said (BN), Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab Ghani (Parti Pejuang Tanah Air).

PRK itu diadakan semula susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan Che Alias pada PRU15 itu.

Sementara itu Ahmad Samsuri ketika ditemui pemberita mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi Kemaman dan jentera PAS dan Bersatu yang membantu menjayakan kempen PRK selama dua minggu ini.
Beliau berkata kemenangan dengan majoriti lebih 37,000 adalah melebihi jangkaan awal kalangan pimpinan kedua-dua parti walaupun peratusan keluar mengundi kurang daripada 72 peratus seperti diharapkan.

“Fokus nanti saya masuk Parlimen insya-Allah akan membawa perkara bukan sahaja berkaitan Kemaman tetapi Terengganu sendiri bagaimana sedikit sebanyak kita bantu untuk kesejahteraan Malaysia,” katanya.

Raja Mohamed Affandi dalam pada itu mengucapkan tahniah kepada Ahmad Samsuri dan PAS atas kemenangan, dan berterima kasih kepada 27,778 pengundi Kemaman serta seluruh jentera UMNO, BN dan parti komponen Kerajaan Perpaduan yang memberi sokongan kepadanya.

“Sesungguhnya, kita hanyalah berusaha dan selebihnya saya berserah kepada Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan.

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.