Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Pasang CCT di ICQS Sungai Tujuh

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Mohd Azman ketika melawat di ICQS Sungai Tujuh, Miri untuk lawatan kerjanya.
Mohd Azman ketika melawat di ICQS Sungai Tujuh, Miri untuk lawatan kerjanya.

MIRI: Kawalan sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Sungai Tujuh di sini akan dipertingkatkan lagi melalui pemasangan Closed-Circuit Television (CCT).

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, cadangan (pemasangan CCT) itu akan dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk pertimbangan.

“Ia membantu meningkatkan kawalan keselamatan di sepanjang kawasan pemeriksaan Sungai Tujuh di sempadan Miri-Brunei pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di ICQS Sungai Tujuh di sini, hari ini.

Mohd Azman diiringi Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata dan Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu.

Terdahulu, Azman dan rombongan menghadiri sesi taklimat bersama-sama Jabatan Imigresen berhubung operasi ICQS Sungai Tujuh.

Azman turut menyatakan berpuas hati dengan kemudahan itu dan berminat untuk bekerjasama dengan Jabatan Imigresen bagi meningkatkan keselamatan sempadan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru